Posts

Showing posts from March, 2026

AHLI BERDAFTAR KOPERASI ELITE BERHAD

Image
  Untuk mendaftar sebagai  Ahli Koperasi Elite Berhad secara SAH, Yuran Pendaftaran Wajib ialah RM50.00. Kemudian Ahli Koperasi layak untuk membuat pembelian sy er . Pihak Koperasi menetapkan hanya 3 PAKEJ SYER d itawarkan . Dana dari syer ini digunakan oleh pihak Koperasi untuk menyokong semua aktiviti-aktiviti ekonomi yang diluluskan seperti pembangunan industri, peruncitan, pelaburan hartanah dan inisiatif strategik lain bertujuan menjana  manfaat finansial dan sosial  kepada Ahli-Ahli Koperasi untuk jangka panjang. ​ Patuh Akta dan Undang-Undang Koperasi Malaysia  Koperasi Elite Berhad beroperasi dengan komitmen tinggi bagi memastikan kepentingan Ahli-Ahli Koperasi akan sentiasa dilindungi dan dibela  sepanjang hayat mereka . Ahli-ahli akan sentiasa berlapang dada kerana  struktur tadbir urus direka untuk menyokong pengawasan dalaman yang berkesan.
Image
  Koperasi Elite Berhad ditubuhkan pada 28 Februari 2023 dengan Perakuan Pendaftaran Koperasi disahkan SKM No Daftar :  202361401028  Ruj : SKM.IP.  (PEND) D-1024/(1)   Pejabat operasi Koperasi ini terletak di  Tingkat 2, Jalan Bayam, 15200 Kota Bharu, Kelantan . Pada awalnya kawasan operasi Koperasi adalah di Kota Bharu dan seluruh Kelantan; namun kini Koperasi Elite Berhad telahpun melebarkan sayap operasi ke seluruh Malaysia, dan sedang menerokai Negara-Negara Jiran yang terdekat termasuk  Brunei, Singapura, Indonesia, Thailand dan Filipina . Beberapa cawangan pejabat akan dibuka di Kuala Lumpur dan Selangor tahun 2026-2027 yang menjamin peluang pekerjaan dengan standard gaji lebih tinggi dan stabil untuk Warga Koperasi Elite Berhad. ​ ​ Pada awal penubuhan, Koperasi menumpukan aktiviti :  Kontrak pencucian bangunan  Pendidikkan dan ICT Katering dan dobi  Pertanian  Perumahan, perindustrian, pengangkutan, pembinaan  Pembekal...

AKTA & UNDANG-UNDANG

Image
  Koperasi Elite Berhad komited melaksanakan setiap aspek pentadbiran dan operasi selaras dengan kerangka perundangan yang mengawal selia sektor koperasi di Malaysia. Sebagai entiti berdaftar, Koperasi memastikan semua aktiviti organisasi dilaksanakan berlandaskan  Akta Koperasi 1993 , undang-undang kecil koperasi serta garis panduan yang berkuat kuasa. Pelaksanaan pematuhan ini merangkumi pengurusan rekod yang sistematik, penyediaan laporan kewangan yang telus, pemantauan tadbir urus organisasi serta pematuhan terhadap proses keputusan yang ditetapkan melalui Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Elite Berhad. Koperasi turut menekankan disiplin pengurusan, akauntabiliti kepimpinan dan komunikasi terbuka kepada anggota pengurusan Koperasi bagi memastikan setiap aktiviti dilaksanakan secara  bertanggungjawab  dan  berintegriti . Pendekatan ini mencerminkan komitmen berterusan Koperasi Elite Berhad dalam mengekalkan standard tadbir urus yang tinggi serta membin...